Wednesday 18 December 2019

Gunung Bongsu 868mdpl



Batu Puncak Gunung Bongsu


Hai semua blogger, sudah lama aku tak update blog,oke hari ini aku tulis lagi satu misi aku  menawan G.Bongsu yang terletak di tasik kenyir,salah satu gunung yg jarang orang mendaki malah gunung tersebut tidak sefemes gunung lain yang ada di terengganu.

Gunung Bongsu terletak di tasik kenyir jarak dari pekan sg tong untuk sampai ke jambatan tiang 3 batang (HKS resort) sejauh 50km. Trek G.Bongsu sngt2 santai gila bg aku, sbb bnyk melalui trek balak hampir 70% laluan trek balak.so aku nasihatkan kepada pendaki yg hendak menawan gunung ini harus pakai guide kerana bnyk persimpangan jalan balak (banyk trek)

Trek G.Bongsu tidak jauh sngt seingt aku dalam 8km sahaja dan boleh daypack tidak perlu camping..if ada yg kaki camping boleh jugak nak camping sbb sebelum sampai peak ade last water point (anak sg boleh mandi ).

Tentatif G.Bongsu 1D2N

Day 1

7:00 = Berkumpul RnR pengkalan gawi
8:30 = Start mendaki G.Bongsu
8:45 = First water point
10:00 = Last water point
11:00 = Alpinia spp
11:30 = Batu besar
12:30 = Kem siam
13:00 = Puncak G.Bongsu
15:00 = Turun ke last water point
17:30 = Tiba last water point ( setup tempat tido )

Day 2

7:00 = Breakfast and menikati alam
8:30 = Bertolak turun ( park kereta )
11:00 = First water point
11:30 = Tiba tempat park kereta ( misi selesai )



Alpinia spp

Garcinia spp


Itu serba sedikit pengembaraan aku di gunung bongsu pada 3 April 2018
#neverstopexplore
#wildterengganu

Sunday 28 January 2018

Gunung Sarut 1229mdpl


Veiw Gunung Sarut
Assalamualaikum semua..sekian lama sy tak update blog sy,sejak dua menjak nim biasa lahh kan sibuk tak menentu buat itu ini lah..Oke hari nim saya nak menceritakan tentang Gunung Sarut yang terletak di Terengganu.Dimana Terengganu kaya dengan keindahan alam semulajadi yang tak ternilai harganya.

Blue pool Gunung Sarut 1229meter
 Gunung Sarut merupakan gunung tertinggi di daerah setiu dan terletak di air terjun lata payong. Dari jalan besar nak masuk ke air terjun lata payong mengambil masa 1jam15minit kira-kira dalam 20km jugaklah..heheheh..sy bab sukat jarak nim low sikit sbb sy tak ambik kos juru ukur..hahahah

Gunung Sarut dibuka pada 10 feb 2017 dengan kerjasama persatuan Terengganu Backpackers. Dimana pembukaan trek G.Sarut mengambil masa selama 3h2m dengan crew seramai 6org. Alhamdulilah misi kami berjaya membuka trek puncak sarut dan puncak lipak,lepas pembukaan trek kami open untuk membawa pendaki luar untuk merasai trek yang bru dan gunung yang baru buka tak sampai setahun..Dengar cerita sebelum pihak kami naik buka trek gunung tersebut sudah ada org lain yg buka tpi sygnya diaorang tak jumpa puncak gunung tersebut.

Starting point mendaki gunung sarut di air terjun lata payong..ehh sebelum terlupa gunung sarut boleh buat trans sbb dia ada dua puncak.. puncak pertama puncak lipak dan puncak ke dua sarut..hahhahaha..ramai org tertanya pasal puncak lipak nim. sbb jarang org jgklah boleh sampai kt sini..Sy sendiri yang buka trek gunung sarut pom pernah sampai 2 kali je puncak lipak..hahhahaha..sbb apa sampai 2 kali!!! sbb puncak lipak nim jauh dan bnyk trek..hahahha..silap trek sesat oii..hahahah



selpie di puncak lipak
 












oke sy malas nak tulis panjang-panjang pasal keunikkan gunung sarut..nak tahu keunikan gunung sarut pergi naik sendri dan rasa sendri..hahahha...

TENTATIF G.SARUT

DAY 1

08:00 - Starting point air terjun lata payong
08:30 - Bergerak ke bluepool, (semasa bergerak ke bluepool tuu sila berhati2 melangkah yeee sbb jambatan gatung terlalu uzur dah tunggu masa nak putus jee)
09:00 - Sampai bluepool (tiruk sampai lebam mata..hahaha)
10:00 - Bergerak ke puncak nokia (lepas bluepool nak naik kt permatang tuu trek agar mencabar jgk silap langkah main gelonsor...hahahha)
12:00 - Sampai puncak nokia ( take five sambil cucuh rokok..hehhehe)
14:00 - kem bonsai (kem site tempat buat tahik mata...hahahah)
15:00 - Day pack ke puncak Sarut
17:00 - Sampai puncak (sesi bergambar sampai memori full)
17:30 - Turun ke kemsite
19:00 - Sampai kemsite
20:00 - Akitiviti bebas oleh gogo

DAY 2

08:00 - Sarapan pagi
10:00 - Bergerak turun ke bluepool
13:00 - Sampai bluepool
14:00 - mula bergerak bluepool ke lata payong
15:15 - sampai lata payong




Tentatif akan berubah mengikut pada keadaan peserta.puncak sarut kene daypack dehh kita tido di kembonsai,untuk sampai ke puncak mengambil masa dalam 2jam jgk untuk sampai..oke pasal kem site punca air sangat best ...punca air besar dan lawas..hahahahha..kemsite pom besar..ini lah serba sedikit pasal gunung sarut nim..jom kita layan gambar gunung sarut...heheheh

pelancong gunung