Wednesday 18 December 2019

Gunung Bongsu 868mdpl



Batu Puncak Gunung Bongsu


Hai semua blogger, sudah lama aku tak update blog,oke hari ini aku tulis lagi satu misi aku  menawan G.Bongsu yang terletak di tasik kenyir,salah satu gunung yg jarang orang mendaki malah gunung tersebut tidak sefemes gunung lain yang ada di terengganu.

Gunung Bongsu terletak di tasik kenyir jarak dari pekan sg tong untuk sampai ke jambatan tiang 3 batang (HKS resort) sejauh 50km. Trek G.Bongsu sngt2 santai gila bg aku, sbb bnyk melalui trek balak hampir 70% laluan trek balak.so aku nasihatkan kepada pendaki yg hendak menawan gunung ini harus pakai guide kerana bnyk persimpangan jalan balak (banyk trek)

Trek G.Bongsu tidak jauh sngt seingt aku dalam 8km sahaja dan boleh daypack tidak perlu camping..if ada yg kaki camping boleh jugak nak camping sbb sebelum sampai peak ade last water point (anak sg boleh mandi ).

Tentatif G.Bongsu 1D2N

Day 1

7:00 = Berkumpul RnR pengkalan gawi
8:30 = Start mendaki G.Bongsu
8:45 = First water point
10:00 = Last water point
11:00 = Alpinia spp
11:30 = Batu besar
12:30 = Kem siam
13:00 = Puncak G.Bongsu
15:00 = Turun ke last water point
17:30 = Tiba last water point ( setup tempat tido )

Day 2

7:00 = Breakfast and menikati alam
8:30 = Bertolak turun ( park kereta )
11:00 = First water point
11:30 = Tiba tempat park kereta ( misi selesai )



Alpinia spp

Garcinia spp


Itu serba sedikit pengembaraan aku di gunung bongsu pada 3 April 2018
#neverstopexplore
#wildterengganu

1 comment:

  1. Assalamualaikum,klu nk pergi gunung bongsu mesti ada guide..guide nya siapa..org pjbt hutan Ker,mana lh tau Kut ada rezeki bleh jgk daki gunung tu..

    ReplyDelete